Sebagai seorang manusia terutamanya bagi yang beragama Islam, kita semua mesti bercita-cita untuk mencapai kesenangan dan kebahagiaan di dalam segenap aspek kehidupan yang merangkumi kehidupan duniawi dan ukhrawi. Bagi mencapai cita-cita perlu setiap individu mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang yang berkaitan agar usaha untuk mencari dan mencapai kejayaan tersebut dapat di penuhi.Namun begitu kita perlu memahami bahawa kita di jadikan oleh Allah Taala adalah bertujuan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan mengabdikan diri kepadaNya.
Untuk menjadi seorang hamba yang benar-benar beriman, kita mesti berusaha mencari untuk mempunyai ilmu pengetahuan yang memerlukan pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga serta kesungguhan untuk mencapainya. Untuk memastikan bahawa ia tidak sia-sia kita hendaklah menentukan supaya guru atau pembimbing kita adalah merupakan mereka yang berkelayakan dan mempunyai ilmu pengetahuan yang benar dan tidak bertentangan dengan kehendak syariat. Perkara ini adalah penting untuk menentukan kita terus berada di landasan yang benar apabila kita mengamalkan ilmu pengetahuan tersebut dalam kehidupan kita sama ada ia bersifat dalaman seperti pegangan akidah, atau bersifat luaran seperti amal ibadat khusus dan umum, serta seluruh aktiviti kehidupan kita yang merupakan landasan untuk mencari dan mencapai keredhaan Allah S.W.T di kehidupan dunia dan di akhirat nanti. Untuk mencapai kejayaan dan kepuasan dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya, dan ia tidak akan datang dengan mudah dan tiada jalan pintas kerana di dalam Islam "matlamat tidak menghalalkan cara".
Untuk mencapai kejayaan dan keredhaan Allah S.W T dan kebebasan, sebagai seorang individu muslim mestilah berusaha untuk mencari dan mengamalkan ilmu pengetahuan yang perlu di terokai dari semasa ke semasa dan menjadikan seluruh hidup sebagai life learning dan perlu ada dalam diri kita perasaan tidak puas dalam mencari ilmu pengetahuan. Juga sebagai seorang Islam, kita mesti sentiasa mengharapkan pertolongan Allah di samping usaha dan berdoa. Dalam kehidupan ini, kita perlu mengambil Islam itu secara menyeluruh kerana pengertian al-Din di dalam Islam bukanlah sekadar perkara ritual semata-mata, tetapi ia adalah seluruh kehidupan bermula daripada di dalam rahim ibu sehinggalah di masukkan ke Liang Lahat.Kehidupan kita sebenarnya amatlah singkat kerana kita telah pun di azankan oleh bapa kita semasa lahir dan hanya menunggu masa untuk di sembahyangkan.Oleh itu sebagai seorang Islam, kita mesti berusaha mencari dan mencapai keredhaanNya dengan bersungguh-sungguh mencari ilmu pengetahuan, mengamalkannya dengan penuh rasa keinsafan dengan menyedari bahwa kita adalah hamba yang perlu melunaskan hak kehambaan kita kepadaNya. KIta juga perlu merasa bimbang dan risau andainya segala amalan baik kita ditolak olehNya.

0 comments:
Post a Comment