Apabila menyebut tentang kaya, kebanyakan kita hanya terbayang dengan kekayaan harta benda semata-mata, dan semua individu ingin mempunyai kekayaan material. Tetapi kita perlu menyedari bahawa perkara pertama yang perlu kita perkayakan dalam diri kita ialah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T terlebih dahulu. Perkara ini hanya dapat di capai dengan kita mempunyai ilmu pengetahuan yang perlu di ambil daripada sumber yang benar dan bertepatan dengan islam. Untuk membuktikan keimanan kita, hendaklah dilaksanakan segala amalan yang telah di suruh oleh Allah dan RasulNya dan meninggalkan segala laranganNya dengan penuh keikhlasan di hati.
Apabila kita telah mempunyai hubungan yang rapat dengan pencipta dan sentiasa mengingatinya, sudah pasti kita akan di tunjukkan jalan yang benar dan mudah dalam mencari kebahagiaan hidup termasuk mempunyai kekuatan dan keseimbangan dalam pengurusan kewangan dan seterusnya menjadi seorang yang bebas dan merdeka dari segala bebanan masalah kewangan dan sebagainya.Dalam melaksanakan pengurusan kewangan kita juga perlu memastikan ia bebas dari unsur gharar dan riba yang merosakkan keseluruhan sumber rezeki kita. Punca umat Islam lemah dalam membina kekuatan ekonomi hari ini adalah kerana banyak terlibat dengan unsur-unsur gharar dan syubhat yang menghilangkan keberkatan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

0 comments:
Post a Comment